Pengikut

Senin, 21 Februari 2011

JANTUNG

Bagi kita, jantung adalah organ asas. Ia berdenyut sekitar tujuh puluh dua kali seminit dan kira-kira empat puluh juta kali setahun. Untuk memahami bagaimana proses ini amat memeningkan, cuba buat genggaman dengan tangan kamu dan kemudian lepaskannya, kemudia teruskan membuat genggaman dan lepaskan. Berapa minit kamu dapat berbuat begitu?

Jantung kamu, yang bersaiz sebesar penumbuk kamu, berterusan melakukan aktiviti ini sepanjang hidup kamu tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita tidak pernah berhenti walaupun ketika kita tidur. Jika merasa gembira, jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika kita berehat. Jantung kita melakukan penyenggaraan ini secara automatik ketika kita tidak menyedarinya.



Setiap kali jantung kita berdenyut, ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan untuk hidup terdapat di dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan makanan yang diperlukan daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar 43,000 liter darah setiap hari. Tahukah kamu berapa banyak darah ini? Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian.



Tidakkah kamu akan merasa penat sekiranya kamu cuba mengeringkan sebuah tab mandian dengan menggunakan sebiji cawan? Sekarang bayangkan bagaimana hendak mengeringkan air di dalam 150 tab mandian dengan sebiji cawan? Mungkin kamu tidak akan dapat melakukan tugas yang sukar ini. Bagaimanapun, jantung kita telah melakukan tugas ini dan telah melakukannya sejak kita dilahirkan dan akan terus melakukannya sehingga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, ia tidak pernah berhenti. Kamu, misalnya, pasti akan berehat ketika melakukan kerja-kerja berat. Kamu perlu berbaring, atau berehat, tetapi jantung kita tidak pernah letih, kerana ia merupakan keperluan kepada kita. Ia kecil tetapi tugasnya amat besar. Kerana itulah, Allah telah menjadikannya sedemikian rupa sehingga ia tidak pernah letih.

2 komentar:

  1. imha.. folback ya. trims. happy weekend :)

    BalasHapus
  2. kunjungan gan .,.
    saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
    dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

    BalasHapus